Trek Sirah


Rintihan Seketul Batu





BATU TERLEPAS DARI NERAKA 

Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata. 


"Semenjak aku mendengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan." 


Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka. 


Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. 


"Dulu aku menangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira." 




PENA DARIPADA BATU


Batu tersebut menangis dek takutkan neraka. Lantas, merintih kerana bersyukur setelah diperkenankan permintaannya.


Bagaimanakah, dengan diri kita?


Adakah, kita menangis atas sebab yang sama dengan batu?


Adakah, kita hanya menangis disebabkan barang kepunyaan kita hilang?


Atau, kita menangis disebabkan diri tidak dihargai orang?


Fikirlah. Renung dan tenung dalam-dalam.


Marilah. Mari menjadi hamba yang bersyukur.


Firman Allah s.w.t:



"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(al-Tahrim :6)






No comments:

Post a Comment